Bangunan

@Kini terletak di Seksyen 51, antara kawasan perindustrian terawal di Petaling Jaya. Kawasan ini dijangka akan berkembang menjadi hub komersial dan pusat bandar baru PJ Sentral pula terletak kira-kira 10 minit sahaja dengan berjalan kaki. Ia boleh diakses melalui Jalan Tandang, dan terletak kira-kira 300 meter dari Lebuh Raya Persekutuan.

Bangunan ini terletak dalam kawasan komuniti perniagan berpagar PJ51 Business Park.

%map_iframe%

Keluasan tanah adalah kira-kira 10,000 kaki persegi, dengan ruang terbina yang hampir sama. Tanah ini adalah lot industri, dengan pajakan selama 99 tahun. Harga belian bangunan ini adalah RM6.1 juta. Dengan duti setem dan yuran-yuran lain serta pengubahsuaian dan kelengkapan, Malaysiakini menganggarkan kos keseluruhannya adalah dalam lingkungan RM7 juta. Pembiayaan bank adalah sebanyak RM3 juta, dan Malaysiakini pula akan melabur sebanyak RM1 juta. Kami merancang untuk meraih baki sebanyak RM3 juta daripada orang ramai.

Bangunan ini adalah hampir dua kali lebih besar daripada ruang pejabat sedia ada di Bangsar Utama. Walaupun kedudukannya bukanlah di tengah-tengah dan mudah diakses seperti Bangsar Utama, ruang pejabat dan parkir tambahan yang ada adalah sangat penting sewaktu Malaysiakini berkembang. Elemen yang kritikal adalah ruang untuk forum dan siaran web secara langsung, serta kemudahan studio yang lebih baik apabila televisyen Internet menjadi arus perdana.

Bangunan ini direkabentuk oleh Ambrose Poh. Berikut adalah beberapa ilustrasi grafik untuk gambaran bangunan sebenar kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *