Soalan Lazim

Apa yang saya dapat dengan sumbangan RM1000?
1. Nama untuk diukir pada sebiji bata. Bata-bata ini akan membentuk satu “Tembok Penghargaan” di pejabat baru kami. Nama pada bata itu terhad kepada 16 aksara termasuk nombor dan ruang.

2. *Tiga kupon langganan setahun Malaysiakini bernilai RM450.

3. *Tiga kupon langganan Malaysiakini untuk tiga bulan bernilai RM150.

4. *Satu iklan selama tiga hari di laman Malaysiakini bernilai RM400.

5. Buku cenderamata bangunan baru kami @Kini.

6. Dua tiket untuk menghadiri majlis perasmian bangunan baru.

*Semua kupon sah digunakan sehingga 31 Disember 2015.

Jika saya tinggal di Amerika Syarikat, adalah sumbangan saya boleh dikecualikan daripada cukai?
Ya, pembaca yang menetap di Amerika Syarikat boleh menyumbang menerusi Media Development Investment Fund (MDIF), sebuah pertubuhan berdaftar bukan berasaskan keuntungan bagi mendapatkan pengecualian cukai. Terdapat beberapa syarat dan peraturan lain. Sila emel [email protected] untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya meletakkan nama individu lain pada bata berkenaan?
Boleh, asalkan individu itu mengizinkan namanya digunakan.

Adakah kupon langganan dan pengiklanan itu boleh dipindah milik? Adakah tiket untuk menyertai majlis perasmian bangunan baru juga boleh diberi kepada orang lain?
Ya, ia boleh digunakan oleh orang lain. Anda boleh memberi kupon dan tiket berkenaan kepada keluarga dan sahabat sebagai hadiah. Individu yang tidak mempunyai apa-apa untuk diiklankan juga digalakkan mendermakan kupon mereka kepada badan-badan kebajikan.

Bolehkah saya menyumbang kurang daripada RM1,000?
Ya, semua sumbangan akan dipaparkan pada laman web bangunan nanti. Namun, hanya sumbangan bernilai RM1,000 akan mendapat sebiji bata. Individu-individu boleh berkongsi menaja sebiji bata dan nama kumpulan (tidak lebih 16 aksara) akan diukir pada bata tersebut.

Bila saya akan menerima kupon dan buku cenderamata?
Kami sedang memuktamadkan kupon dan cenderamata berkenaan. Ia akan diemelkan kepada setiap penyumbang sebelum akhir tahun ini.

Siapa pemegang saham Malaysiakini?
Malaysiakini.com dimiliki oleh Mkini Dotcom Sdn Bhd. Pemegang saham terbesar adalah pengasas syarikat iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran, yang memiliki 60 peratus saham. Media Development Investment Fund pula memegang 29 peratus manakala 11 peratus lagi dimiliki oleh kakitangan Malaysiakini.

Mengapa Malaysiakini sebagai syarikat bermotif keuntungan mengutip dana? Adakah ini sah di sisi undang-undang?
Malaysiakini menawarkan langganan dan pengiklanan kepada setiap sumbangan. Justeru, ini adalah sah di sisi undang-undang.

Meskipun bermotifkan keuntungan kerana kami memerlukan dana mencukupi untuk kekal berkecuali dan mengembangkan lagi operasi kami, misi utama kami adalah menerbitkan berita-berita bebas – yang mendahului keuntungan.

Sebarang bantuan yang dihulurkan kepada Malaysiakini akan memperkukuhkan jenama kewartawanan yang kami bawakan agar rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan berita dan pandangan yang penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *