“Yay! Akhirnya kita ada teratak kita sendiri dan saya mahu menjadi sebahagian daripada penghuninya.”

“Yay! Akhirnya kita ada teratak kita sendiri dan saya mahu menjadi sebahagian daripada penghuninya.”
“Malaysiakini ibarat lautan yang luas dan dalam tetapi mencapai setiap sudut dunia. Saya bangga menjadi setitik air di lautan yang luas ini. Ayuh berenang dan belayar bersama saya.”
“Sesiapa yang melabur dalam kebebasan media, melabur dalam kebebasan manusia. Kebebasan untuk mendapatkan maklumat.”
“Perkara yang saya paling kagumi mengenai Malaysiakini adalah segala perkara yang anda lakukan adalah begitu unik dan berbeza sekali. Sya amat berbangga, berbesar hati dan benar-benar gembira dapat menaja sebiji bata pada harga RM1,000.”
“Saya peminat Malaysia & semuanya kerana Malaysiakini. Sekurang-kurangnya dengan menaja sebiji bata yang ringkas ini, saya menyokong para wartawan, pengarang, dan pasukan di Malaysiakini. Ia juga sebagai menghargai sumbangan mereka kepada saya dalam memahami sedikit sebanyak tentang negara yang kompleks bernama Malaysia ini.”
“Ia satu penghormatan untuk menyumbang sebiji bata demi menyokong perjuangan Malaysiakini untuk menuntut kebebasan media yang lebih luas, kewartawanan siasatan dalam usahanya untuk tadbir urus yang baik di Malaysia.
Jalan menuju kebebasan adalah panjang dan seringkali sukar, dan daya tahan anda memberikan inspirasi! Teruskan perjuangan, Malaysiakini!!”
“Menara yang teguh pasaknya tetap di tanah, saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya”
“Suatu impian – jika ia cukup besar, akan memakan masa seumur hidup untuk dipenuhi. Hari ini membeli bata, esok sudah terbina satu menara!”
“Saya peminat Malaysikini sejak sekian lama. Ia satu penghormatan apabila dapat menyumbang kepada sesuatu yang benar-benar bermakna.”
“Kami BUKAN hanya sekadar nama pada sebiji bata dalam tembok. Kamilah TEMBOK itu!”