Monthly Archives: December 2013

40 wakil rakyat DAP ‘beli bata’ Malaysiakini

Seramai 38 ahli parlimen dan dua senator DAP menyertai kempen “beli bata” seunit setiap seorang bagi tujuan pembinaan bangunan Malaysiakini yang baru di Petaling Jaya.

Bendahari parti yang juga ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun semalam menyerahkan cek bernilai RM40,000.00 kepada CEO Malaysiakini, Premesh Chandran.

Cek tersebut diserahkan di pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama oleh Fong, ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik dan juga ahli parlimen Seremban Anthony Loke.

Mereka juga dibawa melihat bata yang bakal diukir dengan nama mereka untuk dipasang pada dinding bangunan Malaysiakini yang baru nanti.

e8cfba70b73de88476ca0e5335283e9e “Malaysiakini telah mengubah corak media penyiaran negara menerusi laporan berita yang bebas dan telus.

“Orang ramai mula menyesuaikan diri dan ia menjadi rutin mereka untuk membaca laporan berita Malaysiakini setiap hari,” kata Loke Loke yang juga ketua ahli Parlimen DAP semasa lawatannya semalam.

“Kerana itulah kita semua patut turut menyumbang dalam kempen ini bagi memastikan Malaysiakini terus beroperasi.”

Sementara itu, Premesh menyatakan penghargaannya terhadap sokongan pihak DAP serta berharap ia bertambah bagus setelah berpindah ke pejabat barunya tidak lama lagi.

“Kita mesti terus memastikan semua ahli politik memiliki kebertanggungjawapan,” tegasnya.

Dalam lawatan itu, Lim kelihatan memakai topi Santa Klaus, menceriakan suasana sempena musim perayaan.

RM730,000 telah dikumpulkan

Malaysiakini menyasarkan RM3 juta untuk dikumpulkan sepanjang kempen yang berjalan selama 60 hari. Penaja boleh menaja setiap bata pada nilai RM1,000.00 seunit.

Kempen tersebut bermula sejak 15 Januari lalu, Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menampung sebahagian kos pembinaan bangunan baru yang diberi nama @Kini.

Kempen tersebut akan diteruskan selama 27 hari lagi dan 500 bata bernilai RM730,000.00 telah mendapat penajaan.

a9af4efa29236b49e519f946b2a50264Kempen tersebut turut menawarkan tajaan dari badan-badan korporat yang bernilai RM25,000 dan RM50,000 setiap satu penajaan.

Setiap nama penaja akan diukir pada bata yang ditaja mereka serta akan dipamerkan pada “dinding penghargaan” di bangunan baru tersebut.

Sebagai ganjaran dan penghargaan tajaan mereka, penaja akan menerima langganan serta pengiklanan mengikut nilai tajaan mereka secara percuma.

Bangunan baru tersebut akan terletak di Seksyen 51 Petaling Jaya dan mempunyai keluasan dua kali ganda daripada bangunan Malaysiakini sedia ada.

Ia juga akan dilengkapi dengan ruang forum awam, ruang untuk melaksanakan program-program latihan dan juga ruang pameran.

Beli bata, bersama bina teratak Malaysiakini

Source: http://www.malaysiakini.com/news/249880